Pengangkutan Taman Desa Minang

Pengangkutan awam

Taman Desa Minang dihubungkan dengan satu rangkaian pengangkutan awam iaitu bas sahaja. Hanya terdapat perkhidmatan bas Rapid KL dan Smart Selangor sahaja berkhidmat di sekitar Taman Desa Minang bagi meningkatkan darjah ketersampaian. Bas Rapid KL laluan 202 iaitu dari Hab Taman Wira Damai, Gombak ke Hab Medan Pasar (LBP), Kuala Lumpur dan sebaliknya juga berkhidmat di sekitar Taman Desa Minang iaitu di sekitar Jalan Batu Caves.[6][7] Hentian bas yang terhampir dengan Taman Desa Minang, yang menyediakan perkhidmatan bas Rapid KL laluan 202 terletak di hentian Hab Taman Greenwood (Opp) (kod hentian – SL212) iaitu ke arah Kuala Lumpur dan hentian Hab Taman Greenwod (kod hentian – SL215) iaitu ke arah Tamna Wira Damai.[6][7]

Selain itu juga, bas pengantara LRT laluan T202 turut melalui sekitar Taman Desa Minang yang di mana bas T202 disediakan untuk kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk sekitar Taman Desa Minang menuju ke Stesen LRT Taman Melati.[8] Laluan bas tersebut berkhidmat di hentian Hab Taman Greenwood (Opp) dan Hab Taman Greenwood; kedua-dua hentian ini merupakan hentian bas terhampir dengan Taman Desa Minang.[8]

Bagi perkhidmatan bas Smart Selangor yang dikenalikan oleh Rapid KL pula, laluan MPS1 berkhidmat di sekitar Taman Desa Minang iaitu di sekitar Jalan Batu Caves. Laluan bas MPS1 bermula dari Hentian Selayang Mutiara, Gombak menuju ke Stesen LRT Gombak, Gombak.[7][9] Hentian bas yang terdekat dengan Taman Desa Minang dan menyediakan perkhidmatan bas laluan MPS1 ialah Hab Taman Greenwood (Opp), Hab Taman Greenwood, dan Hentian Greenwood (kod hentian – SL234).[7][9]

Rujukan

WikiPedia: Taman Desa Minang https://www.geonames.org/12648596/taman-desa-minan... https://mygeoname.mygeoportal.gov.my/index.jsp http://mygeoname.mygeoportal.gov.my/exportpdf00.js... https://postcode.my/selangor-batu-caves-taman-desa... https://geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename... https://www.google.com.my/books/edition/Buku_pandu... https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk?route=87... https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk?route=85... https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk?route=90... https://moovitapp.com/index/ms/pengangkutan_awam-T...